Rancangan Pelajaran Harian
AKTIVITI
|
PENGISIAN KURIKULUM
|
CATATAN
|
Langkah 1
1. Guru memperdengarkan
dialog pelanggan dan penjual berinteraksi dalam situasi jual beli di gerai
atau di kedai makanan.
2. Guru bersoal jawab cara
penjual dan pelanggan membuat urusan jual beli dan meminta murid memberi
contoh dialog yang biasa didengar oleh mereka semasa pelanggan menyatakan
permintaan ketika membeli.
3. Guru meminta salah seorang
murid mencatat pada papan tulis dialog pelanggan menyatakan permintaan untuk
memesan barang.
4. Guru meminta murid membaca
dialog yang telah dicatat pada papan tulis.
5. Guru membimbing murid cara
membuat permintaan yang betul ketika berurusan dengan orang lain dengan
memberi contoh pembeli berurusan dengan penjual semasa meminta barang yang
dibeli. Penekanan diberi pada aspek keusahawanan iaitu cara yang betul
membuat permintaan.
- Bertatasusila
- Menggunakan intonasi yang
betul.
|
Ilmu:
Kajian Tempatan
Nilai:
Bertanggungjawab
KBT: Keusahawanan
Ciri-ciri usahawan
|
Lampiran 1
Dialog yang
dirakamkan/dilakonkan
|
Langkah 2
1. Guru memilih beberapa
orang murid untuk menjalankan aktiviti main peranan berjual beli di kantin
sekolah.
2. Guru memberi kad
situasi kepada murid yang telah dipilih:
Kad A – Peniaga melayan
pelanggan
Kad B – Pelanggan membuat
pesanan
3. Guru meminta murid yang
dipilih memainkan peranan seperti yang terdapat pada kad situasi dengan
menggunakan dialog yang sesuai dan bertatasusila.
4. Guru dan murid
berbincang tentang kesesuaian dialog yang digunakan dalam aktiviti main
peranan dan makanan yang biasa digemari oleh murid sekolah.
|
Ilmu:
Kajian Tempatan
Nilai:
Kerajinan
KBT: Keusahawanan
Berjual beli secara
bertatasusila
|
Lampiran 2
|
||
Langkah 3
1. Guru memperdengarkan beberapa
dialog cara murid membuat permintaan untuk membeli barang daripada penjual di
kantin sekolah.
2. Guru meminta murid
mengecam dialog-dialog yang mengandungi permintaan yang bertatasusila.
3. Murid diminta menulis
dialog yang bertatasusila dan membetulkan dialog yang kurang sesuai
berdasarkan latihan yang diberi pada lampiran 3.
|
EMK: Keusahawanan
|
|||
Pentaksiran
1. Guru memaparkan gambar
pembeli dan penjual di sebuah gerai.
2. Murid diminta membina
dialog-dialog yang sesuai dan bertatasusila.
3. Guru menilai ketepatan
dialog yang dibina secara lisan.
|
Lampiran 4
|
|||
Pemulihan
1. Guru membimbing murid
menuturkan ayat bertatasusila yang disediakan.
|
Lampiran 5
|
|||
Pengayaan
1. Murid membina, menuturkan
dan menulis ayat bertatasusila berdasarkan gambar yang diberi.
|
Lampiran
|
|||
Lampiran 3
1
|
Tolong timbangkan 500 gram sayur sawi.
|
2
|
Boleh tolong potongkan daging ini
anggaran dua kilogram.
|
3
|
Saya minta tolong siangkan ikan ini
sebelum dibungkus.
|
4
|
Hantar bakul ini ke kereta saya.
|
5
|
Susun sayur ini dengan teratur ke
dalam bakul saya
|
Lampiran 4
Lampiran 6
......................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................
......................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................
.....................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................
Jangan lupa, selesai mengajar, kita perlu menulis refleksi pengajaran pula. .
set induksi yang menarik. terima kasih kerana sudi berkongsi maklumat.
ReplyDelete