Contoh Rancangan Pelajaran Harian


Ini hanyalah sekadar contoh rancangan Pelajaran Haarian yang perlu ditulis oleh guru sebelum memulakan proses pengajaran dan pembelajaran.

Rancangan Pelajaran Harian
Tahun                  :  2 Progresif
Masa                     :  8.00 – 9.00 pgi
Bilangan Murid  :  35 orang
Tema                     :  Kebudayaan
Tajuk                     :  Makanan Kita
Fokus Utama     :
Standard Kandungan      : 1.4 Bertutur, berbual dan menyatakan permintaan tentang sesuatu perkara daripada pelbgai sumber dalam situasi formal dan tidak formal secara bertatasusila.
Standard Pembelajaran:  1.4.4 Bertutur dan menyatakan permintaan dengan intonasi yang betul tentang sesuatu perkara dalam situasi tidak formal secara bertatasusila.
Fokus Sampingan             :
Standard Kandungan      :  3.3  Membina dan menulis perkataan, frasa dan ayat dengan cara yang betul.
Standard Pembelajaran: 3.3.4 Membina  dan menulis ayat tunggal dan ayat majmuk berdasarkan bahan grafik dengan betul.
Objektif                               :  Pada akhir pelajaran, murid dapat
1.       Bertutur dan menyatakan permintaan dengan intonasi yang betul dalam situasi tidak formal secara bertatasusila.
2.       Membina dan menulis ayat tunggal dengan betul.
Pengisian Kurikulum       :               i.  Ilmu   :  Keusahawanan
                                                                ii. Nilai   :  Bertatasusila, Bertanggungjawab
                                                                iii.KBT   :  Keusahawanan( Sikap Dan Pemikiran Keusahawanan)
Sistem Bahasa                   :  Tatabahasa      :  Ayat Permintaan
                                                   Kosa Kata         :  Karipap, keria, bingka, tepung bungkus
Media                                   :  Kad Gambar dan petikan dialog



STRATEGI PENGAJARAN DAN PEMBELAJARAN
AKTIVITI
PENGISIAN KURIKULUM
CATATAN

Langkah 1
1. Guru memperdengarkan dialog pelanggan dan penjual berinteraksi dalam situasi jual beli di gerai atau di kedai makanan.

2. Guru bersoal jawab cara penjual dan pelanggan membuat urusan jual beli dan meminta murid memberi contoh dialog yang biasa didengar oleh mereka semasa pelanggan menyatakan permintaan ketika membeli.

3. Guru meminta salah seorang murid mencatat pada papan tulis dialog pelanggan menyatakan permintaan untuk memesan barang.

4. Guru meminta murid membaca dialog yang telah dicatat pada papan tulis.

5. Guru membimbing murid cara membuat permintaan yang betul ketika berurusan dengan orang lain dengan memberi contoh pembeli berurusan dengan penjual semasa meminta barang yang dibeli. Penekanan diberi pada aspek keusahawanan iaitu cara yang betul membuat permintaan.
- Bertatasusila
- Menggunakan intonasi yang betul.






Ilmu:
Kajian Tempatan
Nilai:
Bertanggungjawab
KBT: Keusahawanan
Ciri-ciri usahawan

Lampiran 1
Dialog yang dirakamkan/dilakonkan

Langkah 2
1. Guru memilih beberapa orang murid untuk menjalankan aktiviti main peranan berjual beli di kantin sekolah.
2. Guru memberi kad situasi kepada murid yang telah dipilih:

Kad A – Peniaga melayan
pelanggan
Kad B – Pelanggan membuat
pesanan
3. Guru meminta murid yang dipilih memainkan peranan seperti yang terdapat pada kad situasi dengan menggunakan dialog yang sesuai dan bertatasusila.
4. Guru dan murid berbincang tentang kesesuaian dialog yang digunakan dalam aktiviti main peranan dan makanan yang biasa digemari oleh murid sekolah.

Ilmu:
Kajian Tempatan
Nilai:
Kerajinan
KBT: Keusahawanan
Berjual beli secara bertatasusila
Lampiran 2

Langkah 3
1. Guru memperdengarkan beberapa dialog cara murid membuat permintaan untuk membeli barang daripada penjual di kantin sekolah.

2. Guru meminta murid mengecam dialog-dialog yang mengandungi permintaan yang bertatasusila.

3. Murid diminta menulis dialog yang bertatasusila dan membetulkan dialog yang kurang sesuai berdasarkan latihan yang diberi pada lampiran 3.


EMK: Keusahawanan

Pentaksiran
1. Guru memaparkan gambar pembeli dan penjual di sebuah gerai.
2. Murid diminta membina dialog-dialog yang sesuai dan bertatasusila.

3. Guru menilai ketepatan dialog yang dibina secara lisan.

Lampiran 4

Pemulihan
1. Guru membimbing murid menuturkan ayat bertatasusila yang disediakan.

Lampiran 5

Pengayaan
1. Murid membina, menuturkan dan menulis ayat bertatasusila berdasarkan gambar yang diberi.

Lampiran





Lampiran 1
Dengar dengan teliti dialog ini.
Kuih Kesukaan Saya

Ali                    : Apa khabar, Pak Mail?

Penjual           : Khabar baik.

Ali                    : Apakah menu yang menarik hari ini, Pak Mail?

Penjual           : Macam-macam ada, nasi lemak, mi goreng,
  kuih-muih pun ada.

Ali                    : Oh, ya ke! Apakah jenis kuih-muih yang dijual hari ini?

Penjual           : Ada karipap, keria, bingka, kuih lapis, pulut
   panggang, buah melaka, tepung bungkus dan
   banyak lagi. Semuanya kuih tradisional kita.

Ali                    : Saya memang suka makan kuih-muih tradisional.
   Tolong bungkuskan saya tiga jenis kuih. Setiap jenis
   RM 2.00.

Penjual           : Kuih apa yang kamu mahu, kerana ada banyak
   kuih-muih di sini.

Ali                    : Kalau begitu, tolong bungkuskan saya kuih karipap,
   bingka dan tepung bungkus.

Penjual           : Ali, ini kuih yang kamu mahukan.

Ali                    : Terima kasih, ini duitnya, Pak Mail.

Penjual           : Sama-sama, datanglah lagi






Lampiran 2
Baca kad situasi ini dan tuturkan dialog yang sesuai dengan peranannya diberi.


Kad A

Kamu menjadi penjual di kantin sekolah kamu. Lakonkan cara kamu melayan pembeli secara bertatasusila



Kad B

Kamu menjadi pembeli. Lakonkan cara kamu membuat permintaan semasa memesan barang daripada penjual di kaunter sekolah secara bertatasusila.





Lampiran 3
Perhatikan gambar dan baca dialog di bawah. Tandakan ( / ) bagi dialog yang dituturkan secara bertatasusila. 




1
Tolong timbangkan 500 gram sayur sawi.
2
Boleh tolong potongkan daging ini anggaran dua kilogram.
3
Saya minta tolong siangkan ikan ini sebelum dibungkus.
4
Hantar bakul ini ke kereta saya.
5
Susun sayur ini dengan teratur ke dalam bakul saya



Lampiran 4

Pentaksiran
Tuturkan dialog yang sesuai cara pembeli menyatakan permintaan untuk membeli salah satu barang yang terdapat dalam gambar





Lampiran 5
Pemulihan
Baca dan tuturkan ayat di bawah secara bertatasusila. Kemudian salin mengikut urutan yang betul.

Sama-sama, datanglah lagi

Terima kasih, ini duitnya, Pak Mail.

Ali, ini kuih yang kamu mahu.

Tolong bungkuskan saya dua ketul kuih karipap.

Pak Mail, saya mahu membeli kuih.




Lampiran 6

Pengayaan
Tuturkan dan tulis ayat permintaan yang bertatasusila berdasarkan gambar.








......................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................








......................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................

.....................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................

Jangan lupa, selesai mengajar, kita perlu menulis refleksi pengajaran pula. .

1 comment:

  1. set induksi yang menarik. terima kasih kerana sudi berkongsi maklumat.

    ReplyDelete

Apa pendapat anda tentang blog ini?

Total Pageviews

Mutiara Kata

SEKADAR BUAT RENUNGAN

"Kebijaksanaan menjanjikan kejayaan dan kebahagiaan tetapi jika disalahgunakan akan mewujudkan penderitaan."

"Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah."

"Setiap orang dapat mencapai kejayaan dalam hal apa saja, asalkan ia sangat menyukai pekerjaan yang dilakukan."

Kecemerlangan adalah hasil daripada sikap yang ingin sentiasa melakukan yang terbaik."

"Mengetahui sesuatu dan memahami segala sesuatu adalah lebih baik daripada mengetahui segala sesuatu, tetapi tidak memahami sesuatu."

"Sabar adalah jalan keluar bagi orang yang tidak bisa menemukan jalan keluar."

"Setiap yang kita lakukan biarlah jujur kerana kejujuran itu telalu penting dalam sebuah kehidupan.Tanpa kejujuran hidup sentiasa menjadi mainan orang."

Hidup memerlukan pengorbanan.pengorbanan memerlukan perjuangan. perjuangan memerlukan ketabahan. ketabahan memerlukan keyakinan. keyakinan pula menentukan kejayaan. kejayaan pula akan menentukan kebahagiaan."

"Esok pasti ada tetapi esok belum pasti untuk kita.Beringat-ingatlah untuk menghadapi esok yang pastikan mendatang."